Breaking News
Loading...
Ahad, 26 Mei 2013


BlackOutNoor-HanimSahlah Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad membuat kenyataan palsu. Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam tersebut benar-benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.
Ia diakui oleh calon PAS untuk kerusi Seri Serdang, Noor Hanim di mana tempat berlakunya insiden tersebut dan gambar tersebut diambil oleh Counting Agent calon tersebut.
“Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.”
“Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.”
“SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” kata Noor Hanim. Rujuk HarakahDaily


Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/sah-gambar-blackout-ditunjukkan-spr-asli-ini-buktinya/#ixzz2UPYd0qz4 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook
Next
This is the most recent post.
Catatan Lama

0 ulasan:

Catat Ulasan